Kumpulan Tadarus Wanita Kariah Masjid An Nur Peringgit telah selesai Khatam Quran sempena Bulan Ramadan 1447H, majlis penyampaian sumbangan telah di sempurnakan oleh Datuk Shafari Bin Abdullah selaku Pengerusi JPKK Peringgit kepada ahli-ahli Wanita.
Pada minggu lepas pula Kumpulan Tadarus Lelaki juga telah selesai Khatam Quran dan turut di adakan majlis penyampaian sumbangan kepada ahli-ahli Tadarus oleh En. Jalil Bin Dollah selaku Pengerusi Masjid An Nur, turut di hadiri Imam I Tn Hj Wahid Abu dan Jawatankuasa Masjid.